RSS

Monday 30 April 2012

11 Tanda Orang Barbahagia

1.   tidak rakus dengan dunia ini
2.   sibuk beribadat
3.   kurang bercakap, melainkan yang perlu saja
4.   memelihara solat 5 waktu
5.   bersahabat dengan orang soleh
6.   tawwaduk (merendah diri)
7.   menjauhi daripada yang haram
8.   pemurah dan baik hati
9.   kasih sayang sesama makhluk
10. berguna kepada masyarakat
11. selalu ingat mati

 sekadar gambar contoh senyum gembira


ni kegembiraan yang berganda-ganda

Sunday 29 April 2012

Mengingati Mati

buat peringatan yang terbukak blog umie echah ni ye... 

bab kata ulamak.... umie echah ni copy je.....

Tidak seorang pun yang sudi digolongkan  sebagai orang yang jahil, sebaliknya masing-masing ingin dipandang sebagai orang bijak dan cerdik. Sekalipun mereka tidak berusaha untuk melayakkan dirinya untuk digolongkan sebagai manusia bijak dan cerdik.

Tidak dinafikan orang yang memiliki ijazah adalah orang yang bijak, tetapi tidak pula bererti orang yang tidak memiliki ijazah itu tidak bijak, kerana ditinjau dari kacamata islam bahawa orang yang beriman dianggap bijak kerana mereka mengetahui tentang Allah yang Maha Esa dan rahsia-rahsia disebalik alam barzakh/alam akhirat.

Islam melihat dari sudut tersendiri iaitu kecerdikan berdasarkan kepada kemampuan menggunakan ilmu, untuk melihat rahsia yang tersembunyi di dalam ghaib selepas mati. Lantaran itu orang yang sentiasa mengingati mati akan lebih memahami kehidupan sebenar di alam kubur iaitu alam perantara, di antara dunia dan alam akhirat.

Orang yang banyak mengingati mati bererti akan sentiasa mengawasi diri dari melakukan dosa, kerana dosa akan membawa akibat buruk di alam akhirat. Setiap apa yang dilakukan akan sentiasa merujuk terlebih dahulu kepada hukum Allah, bukan seperti pepatah melayu 'tepuk dada tanya selera' yang membawa erti hidup di bawah dorongan nafsu. Sebaliknya orang yang sentiasa mengingati mati itu akan sentiasa bertanya imannya sendiri, iaitu 'tepuk dada tanya iman' 

mulai sekarang cuba kita ubah pepatah 'tepuk dada tanya selera' kepada 'TEPUK DADA TANYA IMAN'... lagi sedap bunyinya...

Mengingati mati akan melunakkan hati yang keras, serta menjinakkan nafsu yang ganas.

Sesuatu yang sukar sebenarnya untuk mengingati mati dan menginsafi atas doa-doa yang kita lakukan sehingga boleh menitiskan air mata kerana takut dengan balasan Allah di alam kubur dan di akhirat kelak...
tiba-tiba je gambar mamat ni ada kat sini.... ape motif aku, baru mood insaf... jadi mood hapy sebab ada mamat hensem.... menagis pun hensem.... :)

Thursday 26 April 2012

anak-anak umie echah

permata hati ku yang pertama

ni masa kanak2 riang... 

ni permata hariku yang ke-2

super super hero




hari pertama umie echah di blog

orang ada umie echah nak jugak ada blog, hidupku semakin sempurna semenjak ada blog ni.... :)
 
Copyright Umie Echah 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .