RSS

Wednesday 31 October 2012

Ibadah Korban

Assalamulaikum

Alhamdulillah pada tahun ini aku masih berkesempatan
dan diberi Allah S.W.T untuk melakukan
ibadah korban, nak cerita rasanya semua orang
tahu sejarah dan kelebihan korban ni
tapi aku nak jugak kongsi kelebihanya
pertama mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah S.W.T.
kedua dapat menebus dosa iaitu melalui setiap titisan darah binatang yang dikorbankan dan binatang-binatang ini juga bakal menjadi tunggangan di atas titian sirat
ketiga bulu-bulu binatanga yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan
yang penting kena ikhlas kerana Allah S.W.T
kalau dulu-dulu masih jahil ilmu, ya Allah berkiranya  nak
mengeluarkan duit nak buat kurban, Alhamdullilah dengan ilmu-ilmu
dipelajari dari uztazah-ustazah sudah terkikis sedikit demi sedikit perasaan berkira
dengan dengan Allah tu, padahal semua tu untuk diri sendiri jugakkan


 kecik beno lembu ni, nak buat cam no kalau musim korban ni biasa la harga lembu pasti naik


 selalau orang bukan islam kata ibadah ini kejam tapi sebenarnya diaorang tak tahu lembu-lembu ni lagi suka cara kematiannya.


sampai sekarang aku tak tahu kenapa aku akan merasakan satu perasaan yang amat sebak dan sedih apabila melihat lembu yang aku korban selesai disembelihkan, nanti akan ku tanya ustazah Maya & ustazah Yamimah apa jawatannya, tapi peliknya bukan lembu aku tak ada dah perasaanya tu.

7 ekor jugak lembu kat surau ni, aku tak la tunggu sampai habis dapat dagingnya aku pun beraya la pastu naik la 2 kg berat badan, mana taknya pagi petang siang malam makan dagingnya.

Wednesday 24 October 2012

Anniversary ke 11

Assalamualaikum

Hari ni berkongsi celebrate anniversary 
ke 11 tahun pada 20 Oktober
bersama suami dan anak-anak
ialah nak pergi dengan suami je 
anak-anak nak letak kat manakan

macam-macam dugaan telah dilalui bersama
kene berterima kasih banyak-banyak 
kat my husband yang sangat-sangat 
sabar dan paham selama 11 tahun berlalu
dengan peragai isterinya ni 
ialah tu la dikatakan jodoh 

sebenarnya boleh je nak masak sendiri
tapi biasa la nak suasana lain sikit kononya la kan
lagi pun bukan hari-hari anniversary satahun
sekali je, tak salah pun

ni tempat pilihan my husband... kene la layan nak ambil hatikan... 

nasib baik anak betuah ni tido, bolehla makan dengan aman 
kalau tak makan tak kenyang dibuatnya

ni air kakak biasa la dia mana-mana nak coklet


ni air cik wan

ni air aku la 
 
 ni la makanan kegemaran cik wan dan kita orang, tapi aku dengan fateh
kongsi je biasa la umie diakan tak berapa makan makan kononnya la

 ni pun best

hahaha licin maknanya memang la sedap sehingga menjilat jari, 
puas hati dengan harganya

Monday 1 October 2012

Jiran Tetangga

Assalamualaikum

Lama tak menulis tak ada benda nak dikongsi
kalau ada rezeki lebih kena la berkongsi
dengan jiran tetangga, dah lama berjiran
tapi dulu tak berapa suka entah bila la aku 
mula suka dengan jiran aku ni, tindakan
diluar sedar, terpengaruh dengan anak-anak
cik wan pun dah boleh suka jugak, benda pelik


hahaha ni la jiran-jiranku, sebenarnya ada 9 ekor
tapi biasa la taiko kg kadang-kadang je datang
lawat anak buah dan tengok kawasan, 
suka pulak tengok mereka-mereka ni
tak memilik makanan mahal ke yang timbang ke
tapi hujung minggu special sikit aku bagi ikan
bakar gitu, aku tak bagi nasi kata kakak iparku
nanti bulu dia luruh kalau bagi makanan dia bulu 
dia cantik, kira-kira makan dia termasuk la 
dalam belanjawan bulan aku sekarang


ni kucing si kakak, tak makan saman sikit kita letak makanan dia, tetap nak masuk rumah nak selongkar kat sing, geram betul aku.


yang tersangat-sangat la istimewa, kesiankan ada 1 mata je, aku pun tak pasti macam mana boleh jadi macam ni, diluar sedar.

kadang-kadang kalau makanan kucing dah habis 
bagi roti pun makan bagus tak memilih 
yang tersangat kagun cik wan pun boleh 
gi beli makanan kucing dulu marah 
sangat kita orang bagi makan kat kucing-kucing ni
siap sorok-sorok dengan kakak kalau
nak kasi makan, lucu pulak
 
Copyright Umie Echah 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .