RSS

Monday 30 July 2012

Aset Berhargaku

Assalamualaikum

entah apa-apa tajuk, tak menarik langsungkan
ada aku kisah, blog aku suka hati aku la kan :)

dah lama nak kongsi aset berhargaku ni
dah banyak jasanya kepada aku
aku beli ni masa megandungkan faiz 
maknanya 3 tahun la ikut umur faiz


walaupun di bulan ramadhan ni ni cuba juga untuk
melakukan senaman dengan benda alah ni
dapat sekejap pun jadi la nak jugak tu
biasalah la perempuan mana boleh berat naik sikit
mula la nak kontrol makan, tapi aku ni lain sikit
bab makan susah sikit nak mengawal aku lebih
rela mambuat senaman, ialah mak dari kecik-kecik
dah ajar minim teh tarikh dan benda-benda bergoreng
mana boleh dah tua-tua ni nak ubah makan benda
sup ke panggang, sekali sekala boleh tapi time puasa ni
yang goreng-goreng tu yang sedap membuka selera

tapi kadang-kadang ada juga masa malasnya
2-3 minggu jugak tak berkayuh basikal ni
biasa la malas menguasi diri

tapi aku rasa tak menyesal membelinya sebab aku 
memang obses dengan penjagaan kesihatan dan berat badan
perempuan ni kalau dah kawin memang susah nak buat
senaman diluar ialah banyak tanggungjawab dirumah
dengan anaknya, mana nak kemas rumah lagi

sebenarnya lain badan kita bila buat senaman
siapa yang mengamalkan akan tahu perbezaannya
tapi kena la semangat yang tinggi nak melakukannya
dulu aku boleh buat 20 minit je tu habis rajin la
tapi alhamdulilah sekarang aku mampu mengayuh 1 jam lebih

Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum

Ramadhan ke 11 baru berkesempatan bersiaran
tak sempat sibuk dengan kerja
dah selesai kerja-kerja MS ISO lega la sikit
tapi kecut perut jugak esok audit Sirim nak datang
harap-harap semuanya ok aje

Syukur alhamdulilah masih berkesempatan
untuk bertemu lagi pada ramadhan kali ini
mohon dipertemukan dengan malam lailatulkadar
dan mohon diberi kesihatan dan peluang
untuk mengandakan ibadat dan sedekah 
yang termampu dan mudah-mudahan terima 
oleh Allah S.W.T.  sebab tahun hadapan 
belum pasti berjumpa lagi

Syukur alhamdulilah jugak sehingga
ke hari ini aku masih bertahan untuk tidak
ke pasar ramadhan, tak boleh salahkan
peniaga barang memang dah mahal, diaorang
pun nak untung juga, yang terbaik masak 
sendiri lagi puashatikan, aku kalau gi pasar
ramadhan mana cukup RM20.00 mesti beli
tak ingatnya, pasti balik rumah makan sikit
esok pagi masuk tong sampah (membazirkan)

ni sebenarnya menu hujung minggu
biasa la hujung minggu je boleh masak
yang speciel sikit, ialah hujung minggu 
je sempat nak gi pasarkan

ikan siakap 3 rasa

tauhu jepun goreng

puding Karamel
 
air tembikai
 
semua hasil titik peluh anak mak pah tau... 
puding tu cik wan suka sangat separuh dia sorang makan 
berbaloi la buat sebab habis, lain kali boleh buat lagi

Thursday 19 July 2012

Seminar Penampilan Diri

Assalamulaikum

akak nak berkongsi sedikit ilmu yang dapat
semasa menghadiri Seminar Penambilan Diri
di MS Garden Kuantan anjuran UMP
pada 11/7/12, memang best sangat 
terutama tajuknya pun dah buat aku teruja
ialah nak lebih bergaya la katakan
(kalau sebelum ni main belasah je pakai)
satu lagi yang best penceramah Hafiz Mustapha
beliau perunding Imej nak tahu lebih lanjut
mengenai beliau DISINI

nak jugak tu bergambar dengan Hafiz Mustapha

mulut di emmm boleh tahan la
kalau dia nak kata tu dia kata je
tapi ok sekurang-kurangnya dia 
berterus-terang apa yang sesuai
atau tidak dengan pakai kita
dia ajar dari cuci rambut, badan, mulut
rasa macam mak ajar masa kecik-kecik pun ada

untuk warna tudung adalah warna paling sedikit di baju
(konsep colour blocking boleh digunakan jika bersesuaian)
kalau boleh elakkan pakai kerongsang yang berlebihan
bawah dagu, atas bahu  dan atas kepala 
(sesuai kalau pergi makan malam utk ke pejabat tidak sesuai)
cukup hanya 1 kerongsang sahaja

barang kemas (cuba hadkan kepada 3), 
jangan pakai barang kemas warna kuning sekali dgn emas putih

kalau nak pakai sarung kaki mesti la sama warna dengan kulit
waktu paling sesuai membeli kasut waktu tengahari
dan masukkan 2 jari di celah kasuh kalau boleh masuk
bermakna kaki anda selesa dan tidak terlalu ketat
sama jugak kalau nak beli seluar
masuk 2 jari di pinggan kalau ketat bukan saiz anda
lagi bagus cuba pakai seluar (kalau mampu tempah)
pingang yang paras pusat bukan atas atau di bawah pusat
kata en hafiz kita boleh sorot sedikit perut yang buncit

beg kalau boleh jangan pakai yang bukan ori
bila memakai barang tidak ori menampakkan anda tiadak ada kelas
tak ada jenama pun tak apa
ni kata-kata beliau tak ada tokok tambah tau

warna kasut hitam dan nude (mcm krim) boleh di pakai
dengan semua warna

bagi ferfume pulak
umur kurang 21 tahun (bau chewing gum/sweet)
umur 21-35 tahun (bau buah-buahan/bunga/rumput)
umur 35-45 tahun (bau bunga/musky/rumput)
umur 45-60 tahun (bau musky/bunga 'classic')

patut la sejak 2 menjak ni aku suka bau keras dah nak masuk 40 rupanya

ni katanya warna-warna yang sesuai dengan kulit akak

satu lagi kalau nak beli sunglass mestilah menutupi bulu kening, tak la pulak tanya kenapa

moto beliau ialah “Kecantikan melalui penderitaan” 

Tuesday 17 July 2012

Menu Di Hujung Minggu

Biasa la kalau hujung minggu
selera dan kerajinan terlebih sikit
salah satu kelebihan kalau tinggal
di Pantai Timur
mudah untuk mendapatkan
makan laut yang segar
walaupun harganya agak mahal
apa yang penting kesegarannya

udang masak lemak cili api (masakan kegemaran umie dan sekarang menjadi kegeramakan fateh jugak) haruslakan anak umie

 sayur kena la ada kalaupun umie je yang banyak makannya

ikan tengiri goreng, ni ikan kegemakan cik wan, kalau boleh hari-hari nak ada ikan ni, tapi sekarang punya la mahal ikan ni 1kg RM30.00, sabar je la nak makan beli jugak la, ada sebab aku isi 1/2 ketul ikan ni bukan sebab harga mahal aku beli 1/2 ketul, tapi ni la bahan mentah yang terakhir yang sempat digoreng sebelum gas habis, cukup la kongsi 4 beranak, pastu baru fikir gi beli gas.

 bergabung meletup

ni dessert orang tak berape nak rajin (hanya susu cair, buah dalam tin & tambah air batu)

Monday 9 July 2012

Aiskrim

percubaan resepi baru
memcuba selagi terdaya
sehingga jumpa yang betul-betul
puas hati, ok la resepi ni
nak kata puas hati belum lagi
akan ku cuba lagi 
seronok sebenarnya buat 
bila anak suka makan
resepinya DISINI

si fateh dengan si faiz kalau dah makan, kalau dibiarkan mahu satu bekas habis, kata mereka aiskrim ni lebih sedap dari yang biasa umi buat, bila aku rasa memang ada kebenaranya.... hahah terperasan pulak.. kalau tak anak nak puji umienya sape lagikan... berani kata tak sedap.

kalau takat mangkuk kecik ni lekat celah gigi je kata fateh.. tak cukup, mangkuk besar baru kepuasan yang berganda-ganda.

Tuesday 3 July 2012

Antara Koleksi Gambar Terbaik

ni antara gambar-gambar anakku yang rasa-rasanya paling suka tengok la, mungkin orang tengok biasa je bagi akak emmmm habis cantik la... ada terlebih perasan sikit....

 

si kakak ni zaman dia kurus sekarang membesar bagai johan

selalu orang kata gambar ni ambil kat internat ke?... ni la gambar faiz semasa baby tak salah masih dalam pantang masa ni.
 
Copyright Umie Echah 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .