RSS

Thursday 28 June 2012

Aku & Stress

 ANTARA PUNCA STRES DI TEMPAT KERJA


  Jenis kerja
- kerja yang menjemukan atau kerja yang berulang-ulang
- terlalu banyak kerja dan kurang masa

  Tanggungjawab
- tiada tanggungjawab yang jelas (konflik tugas)
- bertanggungjawab terhadap kerja lain selain kerja sendiri

  Kurang penghargaan dan tiada insentif
- kurang sokongan untuk meningkatkan kerjaya seperti sukar
  untuk naik pangkat
- tiada penglibatan dalam membuat keputusan atau polisi


KESAN STRES

Stres akan menjejaskan kesihatan dan mengubah tingkahlaku anda kepada
tingkahlaku yang negative.
Ia boleh menyebabkan
- sakit kepala, keletihan, berdebar-debar,
- gelisah, cepat marah, kerisauan berlebihan, hilang tumpuan dan motivasi
- tidak hadir kerja 

  Kesan jangka panjang
- hipertensi, penyakit jantung koronari dan ulser peptic
- kemurungan


CARA-CARA MENGURANGKAN STRES


1) Mengubahsuai punca stress dengan :
- penyelesaian masalah secara musyawarah
- perancangan kerja dengan baik
- pengurusan masa yang bijak
- berkomunikasi secara lebih berkesan
- mengubahsuai punca stress dalam organisasi seperti polisi, prosedur dan
  masa yang tidak fleksibel

2) Mengelak stress dengan :
- elakkan beban kerja berlebihan
- mengetahui kemampuan sendiri
- menolak daripada membuat sesuatu yang melebihi kemampuan sendiri
- membuat kerja secara muafakat

3) Meningkatkan ketahanan diri dengan :
- mengamalkan cara hidup sihat (beriadah, makanan seimbang)
- merehatkan minda (lakukan amalan seperti senaman pernafasan dan
  relaksasi otot secara progresif)
- meningkatkan ibadah (amalkan istighfar, selawat, zikir dan doa selalu)
- berfikir secara positif
- mampu (menerima kritikan dengan baik)


mungkin banyak lagi punca dan cara mengatasinya,
tapi untuk aku mengalami stras di tempat kerja,
punca utama kerja banyak kadang-kadang tak tahu
yang mana didahulukan, pening. walaupun cuba
baca motivasi untuk sejukkan hari tak jugak menjadi
last menagis, hilang sekejap, anggap je dugaan dari Allah
Ada jugak kadang-kadang buat kerja bodoh cuti 2-3
ok la lepas cuti macam ada semangat baru nak buat kerja.

Sebenar kalau tengah sedih benda-benda tak elok
mudah masuh tu la mula fikir yang bukan-bukan
tapi selalu orang katakan jangan buat perkara/keputusan
dalam keadaan marah
tapi bila dah ok stres boleh pulak berfikiran baik-baik
reti pulak redha dan bersyukur dengan apa yang ada

Monday 25 June 2012

Burger Titik Peluh Anak Mak Pah

Suka hati aku je taruk nama mak aku sebagai tajuk
padahal mak aku bukan suka pun makan ala barat ni
katanya tak kenyang makan 
makanan melayu juga yang sedapnya
tapi mak masak apa pun sedap tak ada tandingan
walaupun orang lain kata biasa je.

aku pun tak tahu aku kena sampuk dengan hantu masak mana
rajin sangat masak dah la air tak ada 
ada ke patut 4 hari tak ada air cuba kau orang bayangkan
bertimbun kain baju tidak di basuh
rasa nak gi bakar je JPA tu, nasib baik iman kuat

buat ni atas permintaan kakak 
kebetulan mood umienya rajin sikit 
walaupun air tak ada (ulang lagi tu sebab sakit hati)

dagingnya idok la teman buat sendiri, belum sampai tahap dewa lagi, beli je daging cincang jenama ramly tu


ni mengada sikit saje isi dalam mangkuk nak masuk blog katakan, sebenarnya aku gumpal-gumpal terus isi dalam kuali je, saje nak riak sikit...

kalau selera aku tak berape suka garing tapi cik wan suka garing kalau boleh sampai hangus, layan je la selera masing-masing, takkan sebab burger nak gaduhkan.

siap untuk di makan, kami anak beranak lebih suka makan dengan roti gardenia, alasannya senang untuk dimakan berbanding dengan roti burger biasa dan lebih nipis, buat sendiri suka hati la kan (alasan kene ada) kalau tak ada alasan sebenarnya tak ada orang kisah pun.

Ayam Pangang Macam-Macam Rasa

tajuk entah apa-apakan
ada alasan aku beri tajuk macam tu
sabar ye kita tengok gambar dulu

alasan aku bagi tajuk macam tu, sebabnya entah ape-ape bahan la aku isi kat ayam ni sebenarnya pendek kata apa yang ada kat dapur aku yang aku rasa sesuai aku isi je.... ala bukannya chef zubir pun nak rasakan aku anak beranak je nak makan...

ni la hasilnya dari bahan yang entah ape-ape tadi
kena la hidang untuk suami dulukan, sory la ye plating tak cantik, tak pandai sangat
ni semangat umie nak masak lagi bila anak makan sampai licin tapi biasa la kakak dengan adik ayam je dihabiskan benda-benda lain letak tepi pastu umie la kene habis sayang katanya, tu semua nak menambahkan berat badan umie
ni la alasan paling kuat untuk aku membuat ayam ni, duduk kat kuantan mane ada nandos, kene la buat sendiri beli je sosnya, kebetulan makan nandos kat Masjid Putra, Putraja aku beli la sos ni baru RM 10.50, aku memang suka sangat dengan sos ni.

Monday 18 June 2012

Aiskrim

tiba-tiba je teringin nak makan aiskrim buatan sendiri
idok la pandai sangat membuatnya macam kawan-kawan lain tu
boleh untuk anak-anak dan bapak budaknya makan
kalau tak nak pun paksa jugak habiskan

resepinya
5 sudu besar gula pasir
(boleh kurangkan sesiapa yang kencing manis tu. :)
1 sudu besar ovalette
1 biji telur
1 tin susu cair

cara membuatnya
blend high speed 5-10 minit
masuk freeze 
blend high speed 5-10 minit
masuk freeze lagi
blend high speed 5-10 minit lagi
1 sudu vanilla
lepas tu boleh la masuk apa salah perasa atau 
benda alah yang kau orang mengidam
last masuk la dalam freeze balik
boleh makan

ni hasil sebelum ditembah perasa

ni rasa jagung idaman uminya

kacau je la sampai rata

ni pulak kehendak anak dara milo, suka hati la dia nak isi ape pun

sory ye gambar dah jadi aiskrim tak ada
tak sempat esoknya nak ambil
selamat tinggal
tak tahu la sedap sangat ke?
atau nak ambil hati umie je 
terpaksa habiskan



Rabun

kali ni saya nak berkongsi pengalaman 
tentang rabun, sebenarnya rabun saya tak la teruk sangat
tapi kalau saya tak pakai 1 hari sakit kepala 
sehingga terpaksa saya mengambil ubat tahan sakit

terutama kalau kat office memang kena pakai 
tengok komputer & tulisan lain macam

saya rasa pada awalnya konflik jugak dengan diri sendiri
tak percaya diri dah tak berape nak nampak
yang paling teruk nak lihat terang macam dulu
mustahilkan

terima la keadaan sebenarnya
agak lama jugak saya boleh menerima hakikat tersebut
paling tak best bila kena pakai benda alah ni...


ni cermin mata saya yang pertama

ni cermin mata yang kedua

tak puas langsung pemandang, tak pakaipun macam pakai, 
sabar je la
dah la mula-mula pakai, orang tegur rabun ke?
paling perempuan tak suka
nampak macam makcik la....
adoi rasa macam nak kerat 14 je orang yang bertanya tu
tapi sabar-sabar kena tunjuk ayu 
walaupun dalam hati terbakar

tapi sekarang dah ok jiwa tak kacau dah... 
sendiri mau ingat la 
1 anugerah Allah dah ambil

 
Copyright Umie Echah 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .