RSS

Tuesday 22 May 2012

Kelebihan Buah Tomato

Dah lama nak bercerita tentang khasiah buat tomato ni, sebab dah cuba baru berani tak kongsi cerita.

TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum wah kagum tak siap ada nama saintifik gitu, kalau ikut rasanya tak la sesedap buah manggakan, tapi bukan rasanya yang nak diceritakan.

Berasal dari keluarga Solanaceae bukan dari keluarga syed hassan, bukan-bukan

Tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam, faham ye anak-anak.

Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit,  dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit dan antioksida. 

Tengok khasiatnya sunguh istimewa ciptaan Allah ini, sebenarnya aku dah cuba memang hasilnya memuaskan tak perlu nak pakai produk yang mahal-mahalpun, tapi  kena la rajin ye adik & kakak. 

Mai kita kongsi sama-sama ilmu yang tak seberape ni. 

Kalau nak jimatkan, kalau rasa kedekut sangat tu 1 biji tomato tu boleh pakai sampai 1 minggu (ni jenis kedekut gila) hahahah... potong 2 (ni org kaya sikit) sapu kat muka biar sampai kering lepas tu  basuh dengan air suam, sapu ais pulak kat muka, memang lepas tu rasa segar sangat muka, kalau ada jerawat memang cepat baik, kalau jerawat dah pecah paling lama 2 hari dah baik. Parut memang cepat hilang.

Selamat mencuba, pesanan terakhir jangan malas.

Hari Keempat 7 Mei 2012

Hari ni hari terakhir di bumi Bandung, tak sabar nak balik nak jumpa anak, hari terakhir baru ingat anak lupa ada anak bila shoping, aktiviti hari ni pergi semula ke Pasar Baru bagi peluang ahli-ahli rombongan yang belum habis duit, tapi kalau duit rupiah habis dan masih ada duit Malaysia kat Pasar Baru pun boleh tukar sebenarnya jalan risau.

nak kongsi cita masa kita orang lalu kat sini tengok punya la ramai orang rupanya ada ceramah terharu sebab penuh sampai kat parking orang punya la ramai orang datang dengar ceramah agama.

 dah nak balik
selamat sampai di bumi Malaysia

Hari Ketiga 6 Mei 2012

Hari minggu di bumi bandung kalau di Malaysia mesti kena baca surat khabar baca gosip artis malaysia. tapi di Indonesia tiap-tiap pagi tengok tv rancangan gosip artis sana, melepaskan boring, nak baca surat khabar diaorang tak berapa nak paham.

Aktiviti rombongan cik kiah akan ke Tangkuban Perahu tak la jauh sangat dari hotel Malaka, tempat wajib la kalau ke tanah bandung, tangkuban perahu kalau dalam bahasa kita perahu yang terbalik kalau dilihat dari jauh memang ada nampak la macam perahu yang terlingkup, aku rasa lagenda Tangkuban Perahu ni macam kisah puteri gunung ledang jugak la. Lagenda tangkuban perahu ni kisah seorang perempuan cantik yang digilai oleh anaknya sendiri dan puteri tersebut melatakkan syarat-syarat untuk menikahinya tapi puteri ni bijak la meletakkan syarat-syarat yang tak masuk akal, apa bila tidak terlaksana si anaknya pun mengamuk dan sepak la perahu sehingga terbalik, lebih kurang la kisahnya tapi kalau pemandu pelancong tu tipu kau orang yang membacanya tertipu jugaklah ye.
nak sampai ke atas boleh naik bas, lepas tu kene naik van yang disediakan sebab laluan agak sempit, sejuk jugak la kat atas sana tapi dah ramai orang panas la jugak jadinya.


siap pakai topi ingat panas sangat rupanya tak tapi dah bawak dari malaysia kena la pakai, kat sini ada bau yang kurang menyenangkan, bau dari asap gunung rapi tu la.

papan tanda ni tempat wajib kene gambar kalau tak kene gi semula, beratur la kalau orang ramai.

selesai mendaki, bergambar dan membeli kat Tangkuban Perahu rombongan bergerak ke Taman Wisata Air Panas Alam tak jauh dari Tangkuban Perahu tempat air panas, dah sampai sana merendam la kiki jugak, boleh tahan la panasnya.
ni salah satu menu makan tenghari kita orang, cantikkan hidangan ni, kratif
selesai mengisi perut dan solat tido cukup-cukup dalam bas, rombongan akan ke tempat shoping di FO Bali Heaven dan Rumah Mode

tapi shoping kat Bali Heaven rasa macam orang kaya siap ada orang ikut dan tolong bawa barang tapi sebenarnya tak selesapun ada orang ikut tapi tu cara dia orang layan pelangan sabar je la.
di Rumah Mode ni macam-macam ada dari pakai lelaki, perempuan, budak, beg dan kasut boleh dikatakan macam-macam ada, kat sini saiz besar banyak tak macam kat tempat lain, siap duit je la kalau nak gi sini, bagi 5 jam pun tak cukup.

Monday 21 May 2012

Hari Kedua 5 Mei 2012

Hari yang indah dan penuh semangat....  sebab hari ke dua ni aktiviti utama shopping... akan ke Pasar Baru, Toko Tiga dan factory outlet (FO) Jalan Riau.


\
ni antara kain yang ada kat pasar baru cantik-cantik terbeli la jugak
ni pun aku terbeli jugak, pasang niat kat malaysia tak nak beli ape... tergoda jugak


kalau di Toko Tiga banyak jeans la.. macam-macam tapi aku tak tengok sangat sebab tak berminat nak membeli... tapi di tingkat 2 banyak pilihan baju kemeja, baju T dan blouse... cantik-cantik... harga pun murah... tapi kene ambil masa sikit la nak pilih saiz... ialah orang kat sana kan comel, kecil-kecil... terbeli jugak untuk aku dan untuk anak daraku....

distinasi terakhir rombongan cik kiah ke factory outlet (FO) Jalan Riau, kat jalan ni punya la banyak FO tak tahu nak masuk yang mane satu... pening.. banyak sangat... harta mcm biasa memang murah sangat-sangat... kaya-kaya jugak orang bandung ni ialah kalau tak, takkan boleh bukak banyak sangat FO kan. Macam biasa kene beli kalau tak rugi...

Wednesday 16 May 2012

Hari Pertama 4 Mei 2012

Rombongan cik kiah ni ke jakarta dulu... penerbangan jam 7.10 pagi dari Kuala Lumpur ke Jakarta... walaupun kesempitan waktu sempat jugak aku mengosok gigi dan menukar baju dan tudung... haruslah kene nampak cantik walaupun tak mandi... orang lain tak tahu... ahli rombongan cik kiah je yang tahu.... lepas bersiap boleh lengang-lengang kangkung lagi... ape kene jerit dengan stewardess "lari-lari".... ape lagi aku dengan 2 lagi rombongan cik kiah lari dengan begnya.... jauh pulak tu... ada 3 km... semput bila sampai dalam kapal terbang....rupanya kami 3 orang penumpang terakhir.....

lari tak la penat mana tapi pastu tu aku telan nasi beriani... sedap la pulak harganya RM13.00.. ok la tu...jangan nak banding la dengan harga kat kedai alif.... untuk alas perut je.... dah kenyang perut mcm biasa la mimpi yang indah-indah sekejap....

rombongan cik kiah naik pulak bas dari Sukarno Hatta Airport Jakarta, ahli rombongan di bawa ke Tugu Kebangsaan (MONAS)  dan rumah kebudayaan 


dah sampai kene la bergambar kat tugu ini, acara wajib

dah tua2 masih nak bergambar mcm ni... anak sape la ni....bukan nak tunjuk gambar org tu tapi rumah tu cantikkan... banyak lagi rumah yang lain cantik-cantik.... boleh dikatakan semua rumah kaun & bangsa ada kat sini tapi tempat ni je kita orang turun rumah-rumah lain rombongan cik kiah tengok dari dalam bas je...

seterusnya meneruskan perjalanan ke bandung boleh tahan jugak cantik pemandangan sepajang jalan banyak sawah padi... tapi kalau setakat nak tengok sawah padi kat kedah ada..... selebihnya aku tido la.... saat paling best
lebih kurang 2 jam lebih jugak la duduk dalam bas, puas jugak la tido nasib baik tak mengigau je... rombongan cik kiah sampai jugak ke tanah bandung... badan penat la jugak, tambah penat la jugak sebab tak mandi lagi.... tapi lupa penat bila time ni .... shopping

selipar ni punya la murah dalam RM5.00 lebih je diperbuat dari kulit sapi.... rugi la kalau tak angkut 5-6 pasangkan...tak ingat la pulak ni kat mane... 

selepas makan malam rombongan cik kiah menuju ke hotel MELAKA, hotel baru ok la untuk merehatkan badan....

Tuesday 15 May 2012

Jalan-Jalan & Shopping di Bandung

sibuk & saja-saja buat sibuat.... hari ni baru la berkesempatan untuk bercerita tentang percutian atau lebih mesra dengan rombongan cik kiah ke bandung.... 

percutian 4 hari 3 malam... tapi harus sekali berterima kasih kepada air asia yang menyediakan tambang murah.... rasanya dah semakin banyak duit orang malaysia dah dibelanjakan kat luar sana... maknenya orang malaysia makin murah rezeki....


rombongan cik kiah bertolak dari kuantan 3/5/2012 paling best tunggu bas tepi jalan teringat pulak rombongan zaman sekolah dulu...  lebih kurang jam 11 malam perjalanan bas dari kuantan ke LCCT sebab lama sangat singah kat temerloh... lambat la sikit sampai ke LCCT... kalau ikut ketua rombongan cik kiah jam 4.00 pagi kene sampai sana nak mandi ke nak buang ape yang patut... ape 5.30 pagi baru sampai.... jadi kelam kabut la sikit nak check in... 

ni wang yang telah dihabiskan di Indonesia, kaya jap gi bandung bawak juta-juta tapi 100,000 kalau duit kita RM34.00 je.

Tuesday 1 May 2012

My Fovourite Song

tak tahu la nape aku suka sangat dengan lagu ni.... nak kata penyanyi ni hensem tak juga...


Sukan Taska Faiz

Sukan Taska As-Safiinah
Lokasi : Hotel De Rhu Beach Resort
Tarikh : 1 Mei 2012

sukan budak-budak zaman sekarang buat kat hotel, bukan zaman kita dulu tumpang kat padang sekolah rendah je....


ni gambar sebelum sukan... mcm biasa kene paksa berkumpul kalau tak alamatnya berkejar la dengan cikgunya 1 padang...... semua muka terpaksa....

kan dah kata paling lama 20 minit je boleh duduk diam.... lepas tu kene la buat aktiviti sendiri.... mulakan langkah...
acara pertama faiz
 berjaya
acara ke-2
penuh dah
untuk kedua-dua acara ni faiz dapat no 1, tapi tak pelik pun sebab pesertanya 2 orang je...... dah la 2 orang je.... perempuan pulak tu... malu la kalau kalah dengan perempuan...
ni la wajah pesaing faiz... tapi kalau tanya faiz dapat no berape sukan?... dia akan cakap no-2.... aku pun tak paham nape dia cakap mcm tu.... saje nak kasi kawan dia ni no 1 kot... kau org fikir la ye nape...
ye masa yang dinanti-nanti utk dapat hadiah
cik wan ni macam biasa la dapat surat khabar benda paling best la
sempat pulak la melayan perasan kat tepi pantai ni.... nasib baik anak tak hilang... same je dengan tukang ambik gambar ni (cik wan) terpaksa melayan si isterinya....
si kakak tunggu nak mandi kolam je ni....





 
Copyright Umie Echah 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .