RSS

Thursday 27 December 2012

Hari ke 2 di Phnom Penh

lama betul baru boleh menyambung
kisah lawatanku ke Phnom Penh
nak buat macam mane nama pun kerja 
makan gaji, macam ni la, banyak kerja
hujung tahun ni, dah lupa perjalanan
ke sana :)

ni la muka-muka dari Malaysia yang terjebak sama dalam seminar kat Phnom Penh, ada aku pernah jumpa dan ada yang baru ni la jumpanya, semua dari port-port di Malaysia.

aku saja nak gambar dengan makchik ni, sebab aku berkenan dengan pakai tradisional diaorang la, ialah dah jumpa ambik la gambarkan acara wajib

sempat pulak mengeluarkan diri tengah-tengah seminar pergi membeli belah kat central market, budak kedai ni boleh cakap bahasa kita lagi, tak yah nak cakap orang putih tau.

kat belah dalam ada jual barang kemas dan batu permata, terbeli jugak la aku kat cik wan, harus la ambil hati dah tolong jaga anakkan.

ponteng lagi kelas, sekali urusetia ubah meja, apa puas mencari beg, siap kena perli dengan peserta lain adoi malu 10 minit,

sebelah petang & malam tak pergi mana-mana sebab nak pergi shoping kedai tutup pukul 5, habis seminar habis jam 5, jadi gi la memanjakan diri di spa tak la semahal kat Malaysia boleh la buat kat hotel je, kuku tangan kaki semua buat baru USD 8 kalau duit kita dalam RM24 je murahkan.

Sunday 18 November 2012

Hari Pertama di Phnom Penh Combodia

Assalamualaikum...

Setelah lama bercuti panjang baru hari ni
berkesempatan untuk bercerita tapi hari ni
hanya sempat untuk bercerita hari pertama
sempena lawatan & seminar di Phnom Penh Combodia
Syukur kepada Allah dengan izinnya aku dapat
melangkah kaki ke sana dengan semua ditaja oleh
office hanya bawak duit nak membeli belah aje
menyeronokkan tambah seronok sebab freekan
perjalan ku dari kuantan jam 6.45 pagi ke KL
dan dari KL ke Phnom Penh jam 2 lebih

sebab naik busine class ke Phnom Penh dapat la masuk ke Lounge sementara menunggu masa untuk berlepas, selesa sikit duduk sinikan berbanding kat luar, makan puas-puas siap bungkus makanan yang ada untuk bekalan kat sana dan solat siap-siap.

nampak je cantik pahit nak mampus kene tambah gula baru boleh telan yang penting free

namapun naik busines class duduk terus dapat air, kalau duduk belakang lambat la sikitkan

ni menu pilihanku ala ada 2 menu je sebenarnya, ok la best

sebab dah makan lamb chop kene la oder air ni best

sambil makan kene la isi borang-borang ni

satu pesanan kalau nak berhajat kecik ke besar
sila la sediakan botol mineral ye kat toilet airport sana 
tak disediakan baip atau pun sumber airnya ye
kalau nak berhajat tu sila buang di atas kapal terbang
kalau tak haru biru di buatnya mencari air
waktu disana lewat 1 jam dari waktu malaysia
jauh jugak perjalanan dari airport ke hotel
tapi ada orang yang jemput di airport ke hotel

ni la bilik hotel yang ku menginap sepanjang berada di sana boleh tahan besar jugak, tengok besar tak beg yang aku bawa, biasala pergi kosong balik penuh

sebenarnya dah sampai lewat so tak dapat melawat mana-mana
sebeb kedai kat sana tutup cepat jam 5.00 dah banyak tutup
masuk hotel dan kawan-kawanku nak mencari simkad sana biasa la 
nal call la orang tersayang tapi aku tak terjebak membelinya

ni la mamat yang melayan kita orang 

aku tertarik dengan budak ni cakap punya la laju kerjanya promosi syarikatnya lakan

lepas dia bawak pusing-pusing bandar Phnom Penh 
sempat la tengok cara hidup dia orang
pastu balik hotel pihak penganjur ada buat
diner, tapi al maklum aje la hanya boleh
makan buah aje, yang lain tak menyakinkan
masa untuk tido...

Wednesday 31 October 2012

Ibadah Korban

Assalamulaikum

Alhamdulillah pada tahun ini aku masih berkesempatan
dan diberi Allah S.W.T untuk melakukan
ibadah korban, nak cerita rasanya semua orang
tahu sejarah dan kelebihan korban ni
tapi aku nak jugak kongsi kelebihanya
pertama mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah S.W.T.
kedua dapat menebus dosa iaitu melalui setiap titisan darah binatang yang dikorbankan dan binatang-binatang ini juga bakal menjadi tunggangan di atas titian sirat
ketiga bulu-bulu binatanga yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan
yang penting kena ikhlas kerana Allah S.W.T
kalau dulu-dulu masih jahil ilmu, ya Allah berkiranya  nak
mengeluarkan duit nak buat kurban, Alhamdullilah dengan ilmu-ilmu
dipelajari dari uztazah-ustazah sudah terkikis sedikit demi sedikit perasaan berkira
dengan dengan Allah tu, padahal semua tu untuk diri sendiri jugakkan


 kecik beno lembu ni, nak buat cam no kalau musim korban ni biasa la harga lembu pasti naik


 selalau orang bukan islam kata ibadah ini kejam tapi sebenarnya diaorang tak tahu lembu-lembu ni lagi suka cara kematiannya.


sampai sekarang aku tak tahu kenapa aku akan merasakan satu perasaan yang amat sebak dan sedih apabila melihat lembu yang aku korban selesai disembelihkan, nanti akan ku tanya ustazah Maya & ustazah Yamimah apa jawatannya, tapi peliknya bukan lembu aku tak ada dah perasaanya tu.

7 ekor jugak lembu kat surau ni, aku tak la tunggu sampai habis dapat dagingnya aku pun beraya la pastu naik la 2 kg berat badan, mana taknya pagi petang siang malam makan dagingnya.

Wednesday 24 October 2012

Anniversary ke 11

Assalamualaikum

Hari ni berkongsi celebrate anniversary 
ke 11 tahun pada 20 Oktober
bersama suami dan anak-anak
ialah nak pergi dengan suami je 
anak-anak nak letak kat manakan

macam-macam dugaan telah dilalui bersama
kene berterima kasih banyak-banyak 
kat my husband yang sangat-sangat 
sabar dan paham selama 11 tahun berlalu
dengan peragai isterinya ni 
ialah tu la dikatakan jodoh 

sebenarnya boleh je nak masak sendiri
tapi biasa la nak suasana lain sikit kononya la kan
lagi pun bukan hari-hari anniversary satahun
sekali je, tak salah pun

ni tempat pilihan my husband... kene la layan nak ambil hatikan... 

nasib baik anak betuah ni tido, bolehla makan dengan aman 
kalau tak makan tak kenyang dibuatnya

ni air kakak biasa la dia mana-mana nak coklet


ni air cik wan

ni air aku la 
 
 ni la makanan kegemaran cik wan dan kita orang, tapi aku dengan fateh
kongsi je biasa la umie diakan tak berapa makan makan kononnya la

 ni pun best

hahaha licin maknanya memang la sedap sehingga menjilat jari, 
puas hati dengan harganya

Monday 1 October 2012

Jiran Tetangga

Assalamualaikum

Lama tak menulis tak ada benda nak dikongsi
kalau ada rezeki lebih kena la berkongsi
dengan jiran tetangga, dah lama berjiran
tapi dulu tak berapa suka entah bila la aku 
mula suka dengan jiran aku ni, tindakan
diluar sedar, terpengaruh dengan anak-anak
cik wan pun dah boleh suka jugak, benda pelik


hahaha ni la jiran-jiranku, sebenarnya ada 9 ekor
tapi biasa la taiko kg kadang-kadang je datang
lawat anak buah dan tengok kawasan, 
suka pulak tengok mereka-mereka ni
tak memilik makanan mahal ke yang timbang ke
tapi hujung minggu special sikit aku bagi ikan
bakar gitu, aku tak bagi nasi kata kakak iparku
nanti bulu dia luruh kalau bagi makanan dia bulu 
dia cantik, kira-kira makan dia termasuk la 
dalam belanjawan bulan aku sekarang


ni kucing si kakak, tak makan saman sikit kita letak makanan dia, tetap nak masuk rumah nak selongkar kat sing, geram betul aku.


yang tersangat-sangat la istimewa, kesiankan ada 1 mata je, aku pun tak pasti macam mana boleh jadi macam ni, diluar sedar.

kadang-kadang kalau makanan kucing dah habis 
bagi roti pun makan bagus tak memilih 
yang tersangat kagun cik wan pun boleh 
gi beli makanan kucing dulu marah 
sangat kita orang bagi makan kat kucing-kucing ni
siap sorok-sorok dengan kakak kalau
nak kasi makan, lucu pulak

Wednesday 5 September 2012

31 Ogos 2012

Sambutan 31 Ogos 2012
tiap-tiap tahun office masuk perbarisan
sempena hari kebangsaan 
macam biasa aku pun masuk jugak
nak meramaikan orang 
tahun ni baju meriah sikit cantik batik


 ni la wakil-wakil wanita

 suka sangat bergambar

 
tercedera akhirnya 1 minggu tak boleh pakai kasut ke office
 
 

Jamuan Hari Raya

Tahun ni Jamuan Hari Raya office di Hotel
bos kata kene ubah boring buat tempat yang sama
ok jugak sebenarnya tukar-tukar tempat
akak ikut aje yang penting seronok


siap ada persembahan tu ikut bahagian, tapi bahagian kita orang entah apa-2  la 
persempahan semua malu-malu

terharu bos naik pentas sekali, apa benda la yang kelakar sangat ketawa tak ingat

 saat paling best dapat duit raya

Monday 3 September 2012

Bersama Saudaramara di Hari Raya


Memang menjadi tradisi kami sekeluarga 
akan menjelajah kerumah mak saudara
di hari raya pertama dan kedua 
tak ramai pun mak saudara yang tinggal
sebelah ayah 2 orang dan sebelah mak 1 orang
tapi hari raya ke 3 biasanya lawatan balas
dari sepupu pulak kene la duduk rumah
tunggu tetamu



Wajah Kesayanganku di Hari Raya


wajah-wajah kesayangan hamba
hari-hari hidupku sibuk dengan mereka
semua, tak ada teramat la sunyi
sayang sayang sayang sangat mereka 
syukur dengan kurniaan Allah

ni orang-orang yang sabar dan terpaksa bersabar dengan kerenah dan 
bebelan umienya setiap hari

si kakak muka macam tak cukup tido dan si adik terlebih happy

terrbeik

Raya Aidilfitri 2012

Assalamualaikum..

Raya tahun ni antara raya paling best
boleh dikatakan semua adik beradik ada
kecuali adikku yang kita orang panggil syed
tidak dapat balik, sebenarnya semua anak 
lelaki nama syed tak tahu la macam mana
dia sorang je boleh panggil syed

ni la keluarga kesayangan tapi tak semua ada biasa la yang ni memang suka bergambar yang lain tu malu-malu sikit...

Wednesday 15 August 2012

Selara Bukan-Bukan

bulan puasa ni nak makan bukan-bukan je
nak kata megandung tak jugak...




meatball

meatball ni aku beli yang dah siap je
aku buat sos je
tapi biasa la tekak melayu aku suka tambah 
cili lebih sikit baru bestkan

Monday 30 July 2012

Aset Berhargaku

Assalamualaikum

entah apa-apa tajuk, tak menarik langsungkan
ada aku kisah, blog aku suka hati aku la kan :)

dah lama nak kongsi aset berhargaku ni
dah banyak jasanya kepada aku
aku beli ni masa megandungkan faiz 
maknanya 3 tahun la ikut umur faiz


walaupun di bulan ramadhan ni ni cuba juga untuk
melakukan senaman dengan benda alah ni
dapat sekejap pun jadi la nak jugak tu
biasalah la perempuan mana boleh berat naik sikit
mula la nak kontrol makan, tapi aku ni lain sikit
bab makan susah sikit nak mengawal aku lebih
rela mambuat senaman, ialah mak dari kecik-kecik
dah ajar minim teh tarikh dan benda-benda bergoreng
mana boleh dah tua-tua ni nak ubah makan benda
sup ke panggang, sekali sekala boleh tapi time puasa ni
yang goreng-goreng tu yang sedap membuka selera

tapi kadang-kadang ada juga masa malasnya
2-3 minggu jugak tak berkayuh basikal ni
biasa la malas menguasi diri

tapi aku rasa tak menyesal membelinya sebab aku 
memang obses dengan penjagaan kesihatan dan berat badan
perempuan ni kalau dah kawin memang susah nak buat
senaman diluar ialah banyak tanggungjawab dirumah
dengan anaknya, mana nak kemas rumah lagi

sebenarnya lain badan kita bila buat senaman
siapa yang mengamalkan akan tahu perbezaannya
tapi kena la semangat yang tinggi nak melakukannya
dulu aku boleh buat 20 minit je tu habis rajin la
tapi alhamdulilah sekarang aku mampu mengayuh 1 jam lebih

Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum

Ramadhan ke 11 baru berkesempatan bersiaran
tak sempat sibuk dengan kerja
dah selesai kerja-kerja MS ISO lega la sikit
tapi kecut perut jugak esok audit Sirim nak datang
harap-harap semuanya ok aje

Syukur alhamdulilah masih berkesempatan
untuk bertemu lagi pada ramadhan kali ini
mohon dipertemukan dengan malam lailatulkadar
dan mohon diberi kesihatan dan peluang
untuk mengandakan ibadat dan sedekah 
yang termampu dan mudah-mudahan terima 
oleh Allah S.W.T.  sebab tahun hadapan 
belum pasti berjumpa lagi

Syukur alhamdulilah jugak sehingga
ke hari ini aku masih bertahan untuk tidak
ke pasar ramadhan, tak boleh salahkan
peniaga barang memang dah mahal, diaorang
pun nak untung juga, yang terbaik masak 
sendiri lagi puashatikan, aku kalau gi pasar
ramadhan mana cukup RM20.00 mesti beli
tak ingatnya, pasti balik rumah makan sikit
esok pagi masuk tong sampah (membazirkan)

ni sebenarnya menu hujung minggu
biasa la hujung minggu je boleh masak
yang speciel sikit, ialah hujung minggu 
je sempat nak gi pasarkan

ikan siakap 3 rasa

tauhu jepun goreng

puding Karamel
 
air tembikai
 
semua hasil titik peluh anak mak pah tau... 
puding tu cik wan suka sangat separuh dia sorang makan 
berbaloi la buat sebab habis, lain kali boleh buat lagi

 
Copyright Umie Echah 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .