RSS

Thursday 19 July 2012

Seminar Penampilan Diri

Assalamulaikum

akak nak berkongsi sedikit ilmu yang dapat
semasa menghadiri Seminar Penambilan Diri
di MS Garden Kuantan anjuran UMP
pada 11/7/12, memang best sangat 
terutama tajuknya pun dah buat aku teruja
ialah nak lebih bergaya la katakan
(kalau sebelum ni main belasah je pakai)
satu lagi yang best penceramah Hafiz Mustapha
beliau perunding Imej nak tahu lebih lanjut
mengenai beliau DISINI

nak jugak tu bergambar dengan Hafiz Mustapha

mulut di emmm boleh tahan la
kalau dia nak kata tu dia kata je
tapi ok sekurang-kurangnya dia 
berterus-terang apa yang sesuai
atau tidak dengan pakai kita
dia ajar dari cuci rambut, badan, mulut
rasa macam mak ajar masa kecik-kecik pun ada

untuk warna tudung adalah warna paling sedikit di baju
(konsep colour blocking boleh digunakan jika bersesuaian)
kalau boleh elakkan pakai kerongsang yang berlebihan
bawah dagu, atas bahu  dan atas kepala 
(sesuai kalau pergi makan malam utk ke pejabat tidak sesuai)
cukup hanya 1 kerongsang sahaja

barang kemas (cuba hadkan kepada 3), 
jangan pakai barang kemas warna kuning sekali dgn emas putih

kalau nak pakai sarung kaki mesti la sama warna dengan kulit
waktu paling sesuai membeli kasut waktu tengahari
dan masukkan 2 jari di celah kasuh kalau boleh masuk
bermakna kaki anda selesa dan tidak terlalu ketat
sama jugak kalau nak beli seluar
masuk 2 jari di pinggan kalau ketat bukan saiz anda
lagi bagus cuba pakai seluar (kalau mampu tempah)
pingang yang paras pusat bukan atas atau di bawah pusat
kata en hafiz kita boleh sorot sedikit perut yang buncit

beg kalau boleh jangan pakai yang bukan ori
bila memakai barang tidak ori menampakkan anda tiadak ada kelas
tak ada jenama pun tak apa
ni kata-kata beliau tak ada tokok tambah tau

warna kasut hitam dan nude (mcm krim) boleh di pakai
dengan semua warna

bagi ferfume pulak
umur kurang 21 tahun (bau chewing gum/sweet)
umur 21-35 tahun (bau buah-buahan/bunga/rumput)
umur 35-45 tahun (bau bunga/musky/rumput)
umur 45-60 tahun (bau musky/bunga 'classic')

patut la sejak 2 menjak ni aku suka bau keras dah nak masuk 40 rupanya

ni katanya warna-warna yang sesuai dengan kulit akak

satu lagi kalau nak beli sunglass mestilah menutupi bulu kening, tak la pulak tanya kenapa

moto beliau ialah “Kecantikan melalui penderitaan” 

2 comments:

tini uma kuantan said...

thanks...seronoknya kalau dapat join gak....memang suka dengar benda2 cenggini...

Umie Echah said...

maceh sudi baca...

Post a Comment

 
Copyright Umie Echah 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .