RSS

Wednesday 31 October 2012

Ibadah Korban

Assalamulaikum

Alhamdulillah pada tahun ini aku masih berkesempatan
dan diberi Allah S.W.T untuk melakukan
ibadah korban, nak cerita rasanya semua orang
tahu sejarah dan kelebihan korban ni
tapi aku nak jugak kongsi kelebihanya
pertama mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah S.W.T.
kedua dapat menebus dosa iaitu melalui setiap titisan darah binatang yang dikorbankan dan binatang-binatang ini juga bakal menjadi tunggangan di atas titian sirat
ketiga bulu-bulu binatanga yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan
yang penting kena ikhlas kerana Allah S.W.T
kalau dulu-dulu masih jahil ilmu, ya Allah berkiranya  nak
mengeluarkan duit nak buat kurban, Alhamdullilah dengan ilmu-ilmu
dipelajari dari uztazah-ustazah sudah terkikis sedikit demi sedikit perasaan berkira
dengan dengan Allah tu, padahal semua tu untuk diri sendiri jugakkan


 kecik beno lembu ni, nak buat cam no kalau musim korban ni biasa la harga lembu pasti naik


 selalau orang bukan islam kata ibadah ini kejam tapi sebenarnya diaorang tak tahu lembu-lembu ni lagi suka cara kematiannya.


sampai sekarang aku tak tahu kenapa aku akan merasakan satu perasaan yang amat sebak dan sedih apabila melihat lembu yang aku korban selesai disembelihkan, nanti akan ku tanya ustazah Maya & ustazah Yamimah apa jawatannya, tapi peliknya bukan lembu aku tak ada dah perasaanya tu.

7 ekor jugak lembu kat surau ni, aku tak la tunggu sampai habis dapat dagingnya aku pun beraya la pastu naik la 2 kg berat badan, mana taknya pagi petang siang malam makan dagingnya.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Umie Echah 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .