RSS

Monday 25 June 2012

Burger Titik Peluh Anak Mak Pah

Suka hati aku je taruk nama mak aku sebagai tajuk
padahal mak aku bukan suka pun makan ala barat ni
katanya tak kenyang makan 
makanan melayu juga yang sedapnya
tapi mak masak apa pun sedap tak ada tandingan
walaupun orang lain kata biasa je.

aku pun tak tahu aku kena sampuk dengan hantu masak mana
rajin sangat masak dah la air tak ada 
ada ke patut 4 hari tak ada air cuba kau orang bayangkan
bertimbun kain baju tidak di basuh
rasa nak gi bakar je JPA tu, nasib baik iman kuat

buat ni atas permintaan kakak 
kebetulan mood umienya rajin sikit 
walaupun air tak ada (ulang lagi tu sebab sakit hati)

dagingnya idok la teman buat sendiri, belum sampai tahap dewa lagi, beli je daging cincang jenama ramly tu


ni mengada sikit saje isi dalam mangkuk nak masuk blog katakan, sebenarnya aku gumpal-gumpal terus isi dalam kuali je, saje nak riak sikit...

kalau selera aku tak berape suka garing tapi cik wan suka garing kalau boleh sampai hangus, layan je la selera masing-masing, takkan sebab burger nak gaduhkan.

siap untuk di makan, kami anak beranak lebih suka makan dengan roti gardenia, alasannya senang untuk dimakan berbanding dengan roti burger biasa dan lebih nipis, buat sendiri suka hati la kan (alasan kene ada) kalau tak ada alasan sebenarnya tak ada orang kisah pun.

2 comments:

afee ali said...

kak aishah, bleh bkk restoren dah ni. hehe :D

Umie Echah said...

amboi free over ye, masak untuk anak tekak dan anak-anak je... kekekek

Post a Comment

 
Copyright Umie Echah 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .